Tuesday, 4 July 2017

WORKSHEET



KLIK DAN DOWNLOAD !  



ANGGOTA BADAN 




HURUF VOKAL DAN KONSONAN




KENDERAAN DI DARAT



MATEMATIK WANG 



HURUF VOKAL


Sunday, 2 July 2017

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan fizikal meujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak mengalami perubahan dalm ketinggian, berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perubahan- perubahan ini mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.

Pertumbuhan,kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asa pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kemeterian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti seharian.   

Saturday, 1 July 2017

SAINS AWAL KANAK-KANAK

Sains awal kanak-kanak merujuk kepada pendidikan sains awal, ia memfokuskan dengan perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran. 

Proses pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. (penerokaan/penyiasatan) 

Kanak-kanak mempelajari sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, penerokaan, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman sainstifik. 

Pendekatan dan strategi Sains ?
Mencari pendekatan dan strategi yang mudah seperti :

  1. Menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai.
  2. Menggalakkan kanak-kanak memerhati mencuba, bertanyakan soalan dan menyelesaikan masalah.
  3. Membenarkan kanak-kanak mengubahsuai dan membuat perkaitan.
  • Pelbagai pendekatan dan strategi awal penting bagi mencapai pembelajaran terancang, menyeluruh dan mampu menarik minat.

JENIS PENDEKATAN

INKUARI

Terdapat dua jenis inkuari iaitu:
  1. Inkuari saintifik
  2. Inkuari penemuan
Inkuari saintifik kanak-kanak menggunakan pengetahuan, imaginasi, penaakulan dan kemahiran proses dalam membina secara aktif kefahaman saintifik. Inkuari saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran proses bagi membina kefahaman berhubungan pengetahuan aktif.

Inkuari penemuan berlaku apabila seseorang menggunakan proses mental

Proses mental adalah seperti : 
  1. Membuat pemerhatian.
  2. Pengelasan.
  3. Pengukuran.
  4. Meramal.
  5. Menerangkan.
  6. Membuat Inferens.
Pembelajaran Inkuari penemuan adalah pendekatan penerokaan.
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS

Fahaman konstruktivis adalah pengetahuan yang tidak dapat dipindahkan ke minda secara terus tetapi kanak-kanak membina makna daripada pendekatan ataupun imej visual yang mereka lihat atau dengar. Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada ataupun pengalaman lepas 

Langkah-langkah pembelajaran konstruktivis.
  1. Mengenal pasti, pandangan dan minat belajar.
  2. Memberi respon dan interaksi.
  3. Merangsang pelajar dengan cara menggalakkan kreativiti melalui aktiviti.
  4. Refleksi atau kendiri 
  5. Penilaian pelajar dengan cara mengesan perubahan idea, pemindahan dan perkaitan.
  6. Mengurus perbincangan kumpulan kecil.
PENEROKAAN

Kanak-kanak mula penerokaan dengan menggunakan pencerapan yang mencetuskan tekaan sainstifik dan membuat ramalan seterusnya merekod pemerhatian.

Penerokaan saintifik menggalakkan perkembangan penyelesaian masalah, mengenal pasti kesan/ akibat serta menyusun serta mengelas maklumat.

PEMERHATIAN

Pemerhatian kanak-kanak memberi kegembiraan dan inspirasi. Pemerhatian juga menggunakan semua atau banyak mungkin deria seperti : 

  1. Deria melihat
  2. Deria sentuhan
  3. Deria merasa
  4. Deria mendengar
  5. Deria bau
KESIMPULAN

Guru pula menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan berkesan. Kepelbagaian pendekatan dan strategi juga dapat meningkatkan kebolehan menganalisis dan mentafsirkan alam sekeliling dengan menggunakan hukum yang betul.

Wednesday, 14 June 2017

Tuesday, 13 June 2017

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Definisi Lokomotor

Pergerakan Lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti berjalan,berlari, melompat dan sebagainya. Selain itu, pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap sama ada berubah atau bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan, kedudukan kaki kita berubah dan bergerak dari tempat asal kerana kita berlari kearah depan atau belakang. Pergerakan lokomotor menyokong perilaku peregerakan yang dirancang. Ini bermaksud sesuatu pergerakan dilakukan kerana kita mempunyai matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya, seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian setiap hari kerana kanak-kanak tersebut memasang angan-angan bahawa dia mahu menjadi atlet sukan terkenal pada masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan diri dari keadaan berbahaya seperti dikejar angjing, penjahat dan sebagainya. Selain itu juga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlmatnya sendiri dan membolehkan kita pergi kesatu tempat ke tempat yang lain.

Contoh-contoh Pergerakan Lokomotor

  1.  Berjalan
  2.  Berlari
  3. Melompat
  4. Skip
  5. Galop (berlari seperti kuda)
  6. Hop (melompat dengan sebelah kaki)
  7. Slide (berjalan dari arah tepi)
  8. Leap ( berlari sambil melonjak)

Definisi Pegerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan perbubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ketempat lain contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti permainan seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi.

Contoh-contoh Pergerakan Bukan Lokomotor
  1. Twist
  2. Imbangan Y
  3. Menari tangan pasangan
  4. Meregang dan mengendur
  5. Imbangan satu tapak
  6. Memutar gelung di tangan
  7. Melambung bola
  8. Membongkok
  9. Memusing kepala 
  10. Mendekam

Saturday, 10 June 2017

TUNJANG KSPK


    1.Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Komunikasi menekankan kepada kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi murid di sekolah jenis kebangsaan Cina/ Tamil mereka wajib mempelajari Bahasa Cina/ Bahasa Tamil.
     2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi keutamaan kepada aspek penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam. 
     3. Tunjang Kemanusiaan
  • Tunjang Kemanusiaan menekankan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan 
     4. Tunjang Keterampilan Diri
  • Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi dan pembinaan kemahiran berinteraksi serta kemahiran sosial dalam kalangan murid. Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum juga ditekankan dalam tunjang ini.
     5. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika menekankan perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreatviti, bakat dan apresiasi terhadap karya seni dalam kalangan murid. Tunjang ini melibatkan komponen Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan, serta Kreativiti dan Estetika.
    6. Tunjang Sains dan Teknologi 

  • Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada pengetahuan sains kemahiran dan sikap sainstifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik. Disiplin ilmu yang terkandung dalam tunjang ini adalah Sains Awal dan Matematik Awal.

Friday, 12 May 2017

LEARN WITH OMAR DAN HANA



ALHAMDULILLAH





TERIMA KASIH CIKGU




BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM





SERONOKNYA PUASA

SAYANG ALLAH DAN NABI


ASSALAMUALAIKUM






Sunday, 7 May 2017

PROFILE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..,

Kumpulan ini terdiri daripada 5 ahli kumpulan iaitu:

    1. AMIRUL AFIQ BIN ROSLAN
    2. SITY NURUL EZZNI BINTI EZANI
    3. NUR AFIFA BINTI KAMRO
    4. NUR FARIESHA HANI BINTI ZAINUDIN
    5. NURUL FATIHAH BINTI MOHD ROSMI

Kami berharap agar blog ini dapat membantu guru PAKK, ibu bapa serta pelajar PAKK dalam mencari maklumat tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.




AMIRUL AFIQ BIN ROSLAN



 SITY NURUL EZZNI BINTI EZANI


NUR AFIFA BINTI KAMRO


NUR FARIESHA HANI BINTI ZAINUDIN


NURUL FATIHAH BINTI MOHD ROSMI

Friday, 5 May 2017

PENGENALAN KEPADA ICT DALAM PENDIDIKAN


ICT DALAM PENDIDIKAN


          ICT (Information communication technology) adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran, dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa halangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan disamping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kebolehan pelajar 

                     KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ICT



Pendidikan yang bermakna adalah pendidikan yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani kehidupan seharian. ICT dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat samada dalam bentuk audio, video, dan data dan bertepatan sebagai aplikasi penggunaan peralatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

  • meningkatkan minat pelajar 
  • pelajar lebih gembiran 
  • meningkatkan tahap pembelajaran pelajar
  • memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri
  • guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran menjadi lebih menarik 
  • bahan boleh disimpan dan boleh digunakan semula
Kekurangan 
  • pendidik tidak pakar dalam mengendalikan masalah teknikal 
  • sumber yang kurang
  • peralatan yang mahal