ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT (Information communication technology) adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran, dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa halangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan disamping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kebolehan pelajar
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ICT
Kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ICT
Pendidikan yang bermakna adalah pendidikan yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani kehidupan seharian. ICT dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat samada dalam bentuk audio, video, dan data dan bertepatan sebagai aplikasi penggunaan peralatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.
Kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
- meningkatkan minat pelajar
- pelajar lebih gembiran
- meningkatkan tahap pembelajaran pelajar
- memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri
- guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran menjadi lebih menarik
- bahan boleh disimpan dan boleh digunakan semula
Kekurangan
- pendidik tidak pakar dalam mengendalikan masalah teknikal
- sumber yang kurang
- peralatan yang mahal
No comments:
Post a Comment