Sains awal kanak-kanak merujuk kepada pendidikan sains awal, ia memfokuskan dengan perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran.
Proses pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. (penerokaan/penyiasatan)
Kanak-kanak mempelajari sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, penerokaan, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman sainstifik.
Pendekatan dan strategi Sains ?
Mencari pendekatan dan strategi yang mudah seperti :
- Menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai.
- Menggalakkan kanak-kanak memerhati mencuba, bertanyakan soalan dan menyelesaikan masalah.
- Membenarkan kanak-kanak mengubahsuai dan membuat perkaitan.
- Pelbagai pendekatan dan strategi awal penting bagi mencapai pembelajaran terancang, menyeluruh dan mampu menarik minat.
JENIS PENDEKATAN
INKUARI
Terdapat dua jenis inkuari iaitu:
- Inkuari saintifik
- Inkuari penemuan
Inkuari saintifik kanak-kanak menggunakan pengetahuan, imaginasi, penaakulan dan kemahiran proses dalam membina secara aktif kefahaman saintifik. Inkuari saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran proses bagi membina kefahaman berhubungan pengetahuan aktif.
Inkuari penemuan berlaku apabila seseorang menggunakan proses mental
Proses mental adalah seperti :
- Membuat pemerhatian.
- Pengelasan.
- Pengukuran.
- Meramal.
- Menerangkan.
- Membuat Inferens.
Pembelajaran Inkuari penemuan adalah pendekatan penerokaan.
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS
Fahaman konstruktivis adalah pengetahuan yang tidak dapat dipindahkan ke minda secara terus tetapi kanak-kanak membina makna daripada pendekatan ataupun imej visual yang mereka lihat atau dengar. Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada ataupun pengalaman lepas
Langkah-langkah pembelajaran konstruktivis.
- Mengenal pasti, pandangan dan minat belajar.
- Memberi respon dan interaksi.
- Merangsang pelajar dengan cara menggalakkan kreativiti melalui aktiviti.
- Refleksi atau kendiri
- Penilaian pelajar dengan cara mengesan perubahan idea, pemindahan dan perkaitan.
- Mengurus perbincangan kumpulan kecil.
PENEROKAAN
Kanak-kanak mula penerokaan dengan menggunakan pencerapan yang mencetuskan tekaan sainstifik dan membuat ramalan seterusnya merekod pemerhatian.
Penerokaan saintifik menggalakkan perkembangan penyelesaian masalah, mengenal pasti kesan/ akibat serta menyusun serta mengelas maklumat.
PEMERHATIAN
Pemerhatian kanak-kanak memberi kegembiraan dan inspirasi. Pemerhatian juga menggunakan semua atau banyak mungkin deria seperti :
- Deria melihat
- Deria sentuhan
- Deria merasa
- Deria mendengar
- Deria bau
KESIMPULAN
Guru pula menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan berkesan. Kepelbagaian pendekatan dan strategi juga dapat meningkatkan kebolehan menganalisis dan mentafsirkan alam sekeliling dengan menggunakan hukum yang betul.