Tuesday, 13 June 2017

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Definisi Lokomotor

Pergerakan Lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti berjalan,berlari, melompat dan sebagainya. Selain itu, pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap sama ada berubah atau bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan, kedudukan kaki kita berubah dan bergerak dari tempat asal kerana kita berlari kearah depan atau belakang. Pergerakan lokomotor menyokong perilaku peregerakan yang dirancang. Ini bermaksud sesuatu pergerakan dilakukan kerana kita mempunyai matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya, seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian setiap hari kerana kanak-kanak tersebut memasang angan-angan bahawa dia mahu menjadi atlet sukan terkenal pada masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan diri dari keadaan berbahaya seperti dikejar angjing, penjahat dan sebagainya. Selain itu juga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlmatnya sendiri dan membolehkan kita pergi kesatu tempat ke tempat yang lain.

Contoh-contoh Pergerakan Lokomotor

  1.  Berjalan
  2.  Berlari
  3. Melompat
  4. Skip
  5. Galop (berlari seperti kuda)
  6. Hop (melompat dengan sebelah kaki)
  7. Slide (berjalan dari arah tepi)
  8. Leap ( berlari sambil melonjak)

Definisi Pegerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan perbubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ketempat lain contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti permainan seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi.

Contoh-contoh Pergerakan Bukan Lokomotor
  1. Twist
  2. Imbangan Y
  3. Menari tangan pasangan
  4. Meregang dan mengendur
  5. Imbangan satu tapak
  6. Memutar gelung di tangan
  7. Melambung bola
  8. Membongkok
  9. Memusing kepala 
  10. Mendekam

4 comments: